Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua.
Makluman kepada Mahasiswa anak Borneo, satu Group dalam laman sosial Facebook telah ditubuhkan bagi memudahkan Mahasiswa anak Borneo mengutarakan permasalahan dan sekaligus memberikan pendapat berhubung dengan sebarang hal kebajikan Mahasiswa anak Borneo. Buat pengetahuan semua juga, link SMASS yang sebelum ini dikenali sebagai page akan dinyahaktifkan tidak lama lagi dan diminta agar beralih ke Group baharu yang telah di tubuhkan dalam laman Facebook baru-baru ini. Mari bersama kami menyertainya dengan hanya menekan link di bawah :
SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK (SMASS)
Untuk makluman sekalian, ahli-ahli SMASS juga bolehlah melawat Blog SMASS UMP dengan mengunjungi http://smassump.blogspot.com. Sebarang aktiviti yang akan dan sedang dijalankan akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memudahkan ahli-ahli SMASS mengetahui maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti tersebut. Kunjungilah Blog ini untuk mengetahui sebarang hal yang berkaitan dengan kebajikan serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh SMASS UMP.
**Peringatan sekali lagi link page yang sebelum ini akan dinyahaktifkan tidak lama lagi. Diminta agar semua mahasiswa yang telah menyertai page ini agar beralih ke Group SMASS.
Sekian,terima kasih.
EXCO Publisiti dan Penerbitan,
Sekretariat Mahasiswa Anak Sabah dan Sarawak (SMASS).
Pengumuman Rasmi Hari Terbuka Tahun Baru Cina & Krismas Persatuan Anak
Sarawak Semenanjung..Perhatian UPSI
-
1. Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS) akan menganjurkan Rumah
Terbuka Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Sehubungan dengan itu, pihak
Persatuan Anak ...
15 years ago
0 comments:
Post a Comment