Muka-muka ceria (setelah bertungkus lumus bejemur di tengah panas) T_T
Salam dan selamat bersua kembali.


Terus kepada program Family Day yang telah dijalankan pada awal Mac ini. Alhamdulillah matlamat yang telah digariskan dalam perancangan program ini telah pun dapat dicapai. Selain berhibur dan meninggalkan seketika ke"tension"an dalam study, anak-anak Borneo UMP telah pun dapat mengenali Persatuan SMASS sengan lebih dekat di samping mengenali Majlis Tertinggi SMASS dalam kalangan mereka yang sebenarnya telah bertungkus lumus dalam mempertahankan kebajikan mereka selaku anak Borneo yang sememangnya memerlukan perhatian di sini (UMP)....hehe,sempat plak membodek jap -_-"...
Matlamat lain termasuklah mewujudkan keserasian serta merapatkan hubungan antara mahasiswa SMASS juga turut dikecapi. Lebih mengembirakan apabila mahasiswa semenanjung Malaysia juga turut serta dalam memeriahkan dan melibatkan diri dalam aktiviti kami.
(toceh..toceh...luas tapak tangan,nyiru kami tadahkan) ^_^

Penglibatan mereka telah memeriahkan lagi program ini kerana adakalanya membuat hati tercuit apabila ada dalam kalangan mereka yang berusaha untuk mempelajari loghat bahasa baku Sabahan dan juga Sarawakian (bole bha..kamik,kitak)hehe... Program seperti ini sekaligus telah memberi peluang kepada anak Borneo untuk terus aktif dalam program luar kampus dan sekaligus berusaha untuk mengenali masyarakat luar.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada seluruh mahasiswa yang telah melibatkan diri dalam program ini. Semoga dalam aktivi-aktiviti akan datang kalian tidak jemu untuk menyertai lebih banyak aktiviti seperti ini... :)
*****dah ngantuk nie T_T****
Saya hadiahkan pembaca-pembaca semua dengan gambar-gambar yang cumil-cumil belaka semasa berlangsungnya Family Day ini...hehe,cumil kunon...tapi, memang cumil bha. ;P

"Kecerian Terpancar" ^_^
0 comments:
Post a Comment