SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Thursday, January 13, 2011

MALAM PUISI RIONG "APAKAH DOSAKU"

Posted by SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK (SMASS) 8:11 PM, under | No comments



Assalamualaikum & selamat sejahtera.


           SMASS membuka tirai 2011 dengan satu seruan kepada generasi-generasi muda agar membuka mata dan mengenal dunia seluas-luasnya. Mahasiswa terutamanya yang tergolong dalam kalangan generasi-generasi kini perlu diberi pendedahan dan iktibar terhadap gejala-gejala yang semakin meningkat naik jumlah kesnya sejak beberapa tahun yang lepas. Sehinggakan pelbagai inisiatif di tubuhkan bagi membanteras kes pembuangan bayi dalam kalangan generasi kini. "Bank bayi" seumpanya, penubuhan "Pusat Perlindungan Bayi" dan banyak lagi usaha-usaha yang ditunjukkan bagi mengurangkan kes-kes pembuangan bayi di negara ini.





Berikut merupakan petikan daripada akhbar "Berita Harian"

3,000 saksi tokoh sastera, selebriti deklamasi puisi bertema ‘Apakah Dosaku’ 

KUANTAN: Lebih 3,000 hadir menyaksikan Malam Puisi Riong Berita Harian-Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kompleks Sukan UMP, Kampus Gambang dekat sini, malam tadi.
Majlis bertemakan `Apakah Dosaku' itu menyaksikan gandingan mantap tokoh sastera, akademik dan artis popular tanah air dalam menyampaikan persembahan mengenai kesedaran dan keinsafan dalam menangani gejala sosial serta pembuangan bayi.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim membuka tirai persembahan dengan memilih mendeklamasi puisi berjudul ‘Wahai Anakku’, diikuti Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suhaimi Ibrahim berjudul `Ketika Gadis Itu Dilahirkan Dia Pun Dilahirkan' nukilan Aminah Mokhtar. 

Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid pula meneruskan momentum persembahan lebih tiga jam itu dengan puisi berjudul `Balai Berita 1'. 

Sementara itu, juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan yang membuat penampilan sulung memilih puisi nukilan Profesor Madya Lim Swee Tin, ‘Doa Si Kecil’ dan penyair bersuara lantang anak tempatan, Marsli No dengan puisinya, `Siapa Lagi Sudi Menanyakan'. 

Penyanyi indie, Fynn Jamal pula menyampaikan puisi ‘Dunia Kini’ dan peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik) mempersembahkan dua lagu yang diberi nafas baru termasuk karya Ebiet G Ade berjudul, Berita Buat Kawan. 
Penyanyi jazz, Taheera Rosheena Mohamad turut memberi persembahan bertenaga termasuk ‘Rindu Ibu’ diikuti dua penyair alam siber, Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-Sastera), Anual Bakhri Haron atau nama penanya, Anbakri dan Wan Nur Ilyani Abu Bakar menyampaikan lagu puisi bertema pembuangan dan pembunuhan bayi. 

Kemuncak persembahan oleh 14 pemuisi itu ialah papa Rock, Ramli Sarip yang menyampaikan tiga lagu hits termasuk Bukan Kerana Nama, Doa Buat Kekasih dan Kamelia. 

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri majlis bacaan puisi sempena kempen Kami Prihatin: Apakah Dosaku anjuran UMP dan Berita Harian dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Persatuan Wanita UMP (MATAHARI) dan Majlis Perwakilan Pelajar UMP.



Usaha murni Ipoh Specialist Hospital mewujudkan pusat perlindungan bayi pertama di negara ini mendapat pujian dan pengiktirafan kerajaan Perak.
Exco Kanan Datuk Hamidah Osman menyeru orang ramai tidak memandang serong penubuhan pusat tersebut kerana tujuan utamanya adalah untuk menangani masalah buang bayi yang semakin berleluasa pada ketika ini.
Katanya kewujudan pusat ini sekaligus dapat menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.
“Kita memuji dan menyokong pengwujudan pusat perlindungan bayi ini. Matlamat utama hospital ini adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi dan bukannya untuk mengesan dan menangkap sipembuang bayi,” katanya.
Pusat perlindungan bayi ini yang diwujudkan terletak berdekatan pintu masuk hospital bagi memudahkan bayi yang tidak mahu dipelihara oleh ibu mereka ditinggalkan di pusat berkenaan.
Ianya akan menyediakan penjagaan sementara sebelum bayi diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak untuk proses penjagaan selanjutnya.
“Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dimana bayi-bayi yang diserahkan kepada hospital ini akan diberi rawatan sepenuhnya sebelum ia diserahkan kepada pihak JKM,” katanya.
Katanya, beliau juga tidak mahu program ini disalah ertikan oleh pihak tertentu kerana matlamat murninya ialah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa dan seterusnya diberi perlindungan selamat.-Perak BN

0 comments:

Post a Comment

SMASS

Tags

MASA ITU EMAS

KALENDAR SMASS

SMASS BLOGGER LIST

Categories

Labels

Blog Archive

Followers

Recent Videos