SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Wednesday, February 24, 2010

PENANGGUHAN "FAMILY DAY"

Posted by SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK (SMASS) 8:59 AM, under | No comments



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Makluman kepada semua mahasiswa anak BORNEO yang telah menghantar nama untuk menyertai Family Day anjuran SMASS pada Febuari ini, program tersebut telah ditangguhkan dari 27 Feb kepada 6 MAC 2010 atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Butiran terbaru berkaitan perubahan tarikh Family Day yang akan dijalankan ini adalah seperti berikut :


Tarikh : 6 MAC 2010 (Sabtu)

Masa : 7:15am - 5:00pm

Tempat : Pantai Balok, Kuantan

Yuran : RM10


Kaunter pendaftaran akan dibuka bagi mahasiswa yang ingin menyertai program ini dan kutipan yuran akan dibuat pada masa yang sama. Tempat dan masa pembukaan kaunter pendaftaran akan dimaklumkan kemudian. Sebarang perubahan dan penyelarasan berhubung makluman terkini berkaitan program ini akan diberitahu dari semasa ke semasa. Sebarang kesulitan berhubung dengan penangguhan program Family Day amatlah dikesali dan adalah tidak disengajakan.


p/s: Sebarang pertanyaan mengenai program Family Day ini bolehlah berhubung dengan AJK di bawah :


1) Arniati Mohd Abidin 013-5414826

2) Nadiana Mohd Ismail 019-9924374

Yang menjalankan tugas,


Arniati Binti Mohd Abidin,

EXCO Publisiti dan Penerbitan,

Sekretariat Mahasiswa Anak Sabah dan Sarawak (SMASS).

0 comments:

Post a Comment

SMASS

Tags

MASA ITU EMAS

KALENDAR SMASS

SMASS BLOGGER LIST

Categories

Labels

Blog Archive

Followers

Recent Videos