SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Thursday, March 25, 2010

Fasa 3 : Family Day

Posted by SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK (SMASS) 11:28 AM, under | No comments


Muka-muka ceria (setelah bertungkus lumus bejemur di tengah panas) T_T

Salam dan selamat bersua kembali.

Terus kepada program Family Day yang telah dijalankan pada awal Mac ini. Alhamdulillah matlamat yang telah digariskan dalam perancangan program ini telah pun dapat dicapai. Selain berhibur dan meninggalkan seketika ke"tension"an dalam study, anak-anak Borneo UMP telah pun dapat mengenali Persatuan SMASS sengan lebih dekat di samping mengenali Majlis Tertinggi SMASS dalam kalangan mereka yang sebenarnya telah bertungkus lumus dalam mempertahankan kebajikan mereka selaku anak Borneo yang sememangnya memerlukan perhatian di sini (UMP)....hehe,sempat plak membodek jap -_-"...

Matlamat lain termasuklah mewujudkan keserasian serta merapatkan hubungan antara mahasiswa SMASS juga turut dikecapi. Lebih mengembirakan apabila mahasiswa semenanjung Malaysia juga turut serta dalam memeriahkan dan melibatkan diri dalam aktiviti kami.
(toceh..toceh...luas tapak tangan,nyiru kami tadahkan) ^_^



Penglibatan mereka telah memeriahkan lagi program ini kerana adakalanya membuat hati tercuit apabila ada dalam kalangan mereka yang berusaha untuk mempelajari loghat bahasa baku Sabahan dan juga Sarawakian (bole bha..kamik,kitak)hehe... Program seperti ini sekaligus telah memberi peluang kepada anak Borneo untuk terus aktif dalam program luar kampus dan sekaligus berusaha untuk mengenali masyarakat luar.


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada seluruh mahasiswa yang telah melibatkan diri dalam program ini. Semoga dalam aktivi-aktiviti akan datang kalian tidak jemu untuk menyertai lebih banyak aktiviti seperti ini... :)

*****dah ngantuk nie T_T****

Saya hadiahkan pembaca-pembaca semua dengan gambar-gambar yang cumil-cumil belaka semasa berlangsungnya Family Day ini...hehe,cumil kunon...tapi, memang cumil bha. ;P

"Kecerian Terpancar" ^_^



Wednesday, March 24, 2010

Fasa 2 : PANTAI BALOK

Posted by SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK (SMASS) 4:28 AM, under | No comments





-setibanya di Pantai Balok-



Fasa 1 : Family Day Melabuhkan Tirainya

Posted by SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK (SMASS) 12:43 AM, under | No comments



Kasih dijunjung tangan dihulur,
Sepakat dipaut Silaturrahim dihulur.


Assalamualaikum selamat bersua kembali. Minggu yang sangat "menyibukkan" kian keruh seketika. Cuba mencari masa megemas kini blog yang selama ini disurami gelap gelita. heheehehehe....maaflah tersangat lah busy baru-baru ini. Terus kepada program yang telah pun berjaya dilaksanakan oleh SMASS UMP pada awal Mac baru-baru ini, sekarang dah di penghujung Mac,huh lama jugak baru update blog nie..hehe.. ^-^

Alhamdulillah, akhirnya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan AJK yang terlibat dan kredit diberikan kepada Pengarah Program Encik Hafidz..haiisshh,sejak bila pulak jadi Encik nie.. -_-" kerana telah pun berjaya meletakkan program sebagai salah satu program SMASS yang mendapat pengiktirafan Presiden SMASS dan juga salah satu program yang boleh dibanggakan. ermm....masih belum TERBAIK,tapi alhamdulillah...boleh dibanggakan..hehe..

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Serta tidak dilupa juga kepada PARA PESERTA yang telah menyertai program ini dari awal sehinggalah ke akhir program. TERIMA KASIH DAUN KELADI. Tanpa kalian, sudah tentu program ini tidak dapat dijalankan. huhu....

Akhir kalam, InsyaAllah program seperti ini akan menyusul pada sem-sem akan datang.
Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada SEMUA. SEKIAN, (agak kelam kabut pada ketika ini..nak bersiap pergi kelas KoQ.hehe) Post seterusnya akan menyusul.
Assalamualaikum.

SMASS

Tags

MASA ITU EMAS

KALENDAR SMASS

SMASS BLOGGER LIST

Categories

Labels

Blog Archive

Followers

Recent Videos